Mari menabung...

Tuesday 27 December 2011

Rangkuman cerita hujung minggu

Pertama
BALIK KAMPUNG - Juru, Bukit Mertajam
Baru beberapa hari yang lepas sempat la balik kampung...
Itupun ambil kesempatan hujung minggu..


Gambar kat jalan belakang tepi laut.. (Eish esih apasal gambar jadi cam ni... bery2 sad)

Kedua
LAWATAN SOSIAL KE BENDANG - Belakang BERNAS Jerlun
Sudah lama juga tak bertanya khabar dekat mybendang... moga semuanya sihat walafiat.
Harap pokok-pokok padi sihat hendaknya..

Ketiga
BERKELAH DENGAN PENDUDUK TAMAN
Sempena cuti hujung minggu dan cuti kerismas. Weoll pi berkelah berjemaah kat TT Hayon, Yan.
Umat manusia yang berkelah lebih banyak dari ayer.... sebab tu tuan rumah tak buat terjun tiruk kat situ.
(Memang gambar lappy ni penin ke atau kamera ku yang bermasaelah, sungguh tak paham la)
Sebelum gambar bertambah teruk lebih baik tuan rumah stop cerita kat sini aje..
sekian berita . Terima kasih.


Sunday 11 December 2011

Naik sikit ke banyak???

Ini sahih cerita tentang kenaikan gaji...
Yaaa.. betul. Encik-encik dan mak encik-mak encik sekelian..
Bagi kakitangan gomen tu tentu ada yang senyum lebar dan selebar-lebarnya dan bersyukur dengan kemurahan rezeki yang dikurniakan.
Tapi kalu yang jenis  tak berapa gemar nak bersyukur tu, kalu bagi banyak mana pun, tetap ngutuk jugak.
Golongan-golongan ini tetap akan kata hat Abe Najib bagi tu tak adil... Biasala kalu hat jenis pembangkang.
Baik korang jangan ambik. nanti jadi haram. Maklumlah uwang tersebut kita nak bagi keluarga kita makan, kesian kat keluarga kita.

Aik??? ada yang hangin ke...
Tak yah hagin lee kalu benda yang I cakap tu betui...
Kikikikikiki.........
Kalu korang rasa peratus kenaikan yang dibagi tu tak adil, lebih baik tak yah terima....
Kalu terima juga tapi asik duk ngutuk jeee... memang bukan rezeki korang le...
Uwang tersebut tak kan duduk lama pun dalam foket u oll.
Silap-silap kena keluarkan simpanan yang ada...
Dis is bery sad...
 Wang hantaran yang nak bagi kat perantin tu mesti halalantoyibaaa....

Moralnya kat sini kita mestilah bersyukur dengan rezeki yang diberikan... Aminnn..

Saturday 3 December 2011

Kesian....

Kesian pada anak bangsa sendiri yang tak tau nak bersyukur.....
(Mentang-mentang celik mata je kat dunia ni dah senang-lenang)
Kesian pada pejuang-pejuang yang terdahulu......
(Berjuang hingga ada yang terkorban untuk kesenangan kita)
Kesian pada anak bangsa sekarang ni, yang terlalu ego.....
(Rasa baguih sangat, padahal kehebatan yang dia orang ada tu hasil pengorbanan pejuangan terdahulu)
Kesian pada penuntut kemerdekaan negara.....
(Bermatian-matian korbankan harta, bahkan nyawa nak bagi negara merdeka)
Kesian pada anak bangsa sekarang ni yang sudah lupa daratan.......
(Mudah lupa, kerana perjuangan tok-nenek lepa laa yang dia orang boleh senang)
Kesian pada pemerintah yang menjaga kesejahteraan negara.........
(Berusaha menjaga negara baik dari segala segi, tapi tetap dikianati)
Kesian pada anak bangsa sekarang ni yang suka merosakan negara...
(Dah negara dok ada dalam keadaan elok, saja gatai nak menjahanam, agak-agaknya nak rasa negara dijajah balik kut)

Sungguh kesian.....