Mari menabung...

Monday 27 June 2011

Buah dari kejiranan...

Alo alo....
Nak cerita tentang buah plak ari ni.
2...3... hari lepas ada kengkawan cerita tentang buah ni.... ramainya yang tigin nak makan.

kebetulan ada jiran yang telah menelepon Encik suami suruh mai amik buah ni kalu nak makan, 
so apa lagi..... we oll vrooooooooommmmmmmmmmm dengan Cik kancil.

Nak tau dak buah apa tuan-tuan dan puan-puan?????

Yaaaa.......  
sila la layan gambar buah tersebut...

 Ada tau ka adik manis buah apakah itu???
Cuba teka....
 Jadi buah tersebut telah dibawa ke opis dan ramai sungguh gembira sebab apa yang dihajat telah tercapai....  kakakakaka

pada yang tak nak makan tu ... sowy.. len kali kalu ada rezeki I bawa len..

psss pssss: tima kasih jiran sebab bagi buah tersebut..... sungguh sedap dan manis gitu....

Friday 24 June 2011

Cerita belajar buat muffin

Alooooo........
Lamanya tak godek-godek bloq.....

Ok hari nak cerita tentang I belajar buat muffin..
Yang ni percubaan kali pertama.
Hari tu bawa Kak Bah pi kedai jual barang-barang buat kek...
(Beli cupcake nak wat hadiah untuk kenduri rumahnya....
alaaa macam I tunjuk nak wat cupcake somel ari tu.....)

Lalu terpandanglah cawan-cawan cupcake yang comei-comei..... tertariklah pula nak beli.
Maka I pong sambar le satu bekas.

Layan je la gambar yang snap semasa proses nak buat muffin tu...
Bahan-bahannya...
Pisang
Gula
Minyak Jagung
Telor ayam
Tepung kek
Baking Powder
Dan sudah tentu cupcake yang comei

Pisang diblend..
Semua bahan I blend jeeee
I Masukkan je apa-apa benda kedalam itu blended....
lepas tu sediakan cupcake yang comei tu....

Lepas tu masukkan dua camca bahan-bahan yang dah diadun dan bakar.

Dannnnnnnnnnnn.......... sedia untuk dibakar...


Hasilnya...........

Sebahagian muffin yang sempat disnapp.... sebabnya sebahagian lain sudah dah mamam oleh My Sister and dia punya anak. kebetulan masa I dok buat muffin ni dia orang mai...
Maka licinlah mymuffin... sampai Encik suami pong tak dan nak tenggok... ciannnnnnnnnn.
Jadi itu ajelah cerita belajar buat muffin.....

Monday 13 June 2011

Making Of Roti Puri

Hari ni, The making of Roti Puri.
Atas permintaan kengkawan, dengan rasa bangganya I dengan konfidennya telah membuat Roti Puri.
walaupun kat mana-mana blog masakan memang ada cara-cara membuatnya tapi i nak juga tunjuk skill I kat blog I sendiri.... kakakaka

Kelmarin, Kak Lia  a.k.a  Kak Ja telah mengusulkan untuk membuat makan-makan dan dia suruh I membuat Roti Puri kuahnya akan ditaja oleh beliau. I say ok.. (Dengan bangganya...)

Dia punya ramuan-ramuannya ialah:

2 camca besar minyak kelapak (I guna minyak jagung.... no. koles-kolessss ok...)
2 camca besr gula (Ikut suka tahap kemanisan yang u oll mau)
1/2 camca garam
1 1/2 cawan air
1 sudu serbuk yis (I guna "Mauripan")
2 Cawan Tepung gandum

So layan je pic-pic yang sempat di senap semasa proses membuat Roti Puri versi orang baru belajar.



Panaskan air, gula, garam dan minyak sampai itu barang hancur dan panas (Tak yah sampai airnya mengelegak pun tak pa)

Dilain bekas,
Ayak tepung, kut-kut ada benda tak di ingini.
Kemudian gaulkan tepung dengan serbuk yis.

Setelah itu curahkan air tadi kedalam tepung, gaul-gaulkan dan uli menjadi doh. (Agak-agak jangan bagi melekat kat tangan anda)
Biarkan dia berehat selama 30 minit....

Kemudian..... do like that.


Buat bulat-bulat, agak-agak adik sikit dari bola ping pong.
Kemudian canai bagi nipis dan terus mengoreng dalam minyak yang panas.
Semasa mengoreng haruslah mencurah-curahkan minyak diatasnya dan dia akan jadi gumok...

Layan la pulak gambar semasa dok mengoreng.
Abaikanlah kualiku yang kelegaman itu..... kakakaka (Sory gambar sedikit bleeeerrr..)

And than..
taraaaaaaaaa........


Naseb bek menjadi gak engkau....

Kawan-kawan leh la mencubanya kat rumah dan jamulah family anda. tentu dia orang akan makin sayang..... kakakakaka..

Acara membina badan hari ni sungguh best.... Adik Syahidah telah membawa Kek yang Maveles disamping Kak Ja dengan kuah sardin yang superb. Beliau sempat lagi membuat agar-agar nyok yang mantop dan disulam seli dengan ayaq kopi o yang piauuuu....
Sory tak dan nak senap gambar-gambar tersebut sebab asyik menikmati makanan yang memang power...

Sekian.....

Sunday 12 June 2011

Makan kenduri rumah Jiran 1 Malaysia...... kakakakaka

Ada tak orang buat kenduri kahwin hari Jumaat??? Jawapannya adaaaaaaaaaaa...........
Hari Jumaat lepas 10/6/2011  Me bersama Encik Hubby pi la memenuhi undangan daripada tuan empunya yang berhajat....

Mula-mula tu rasa macam pelik la pulak, ada ka orang buat kenduri kahwin hari Jumaat.
So setelah selesai kami pi menghadirkan diri kat bawah ni....
kami pong menderulah kereta comel kami ke Rumah Tuan kenduri.

Sebelum tu layan gambar kami sebelum pi kenduri itew.

Oppp.. Gambaq bleeee... walaupun kamera baru tapi tuan ambik gambaq tak PRO.... kakakakaka
Insan yang dijemput merasmikan Mesyuarat tersebut....
Me and Encik Hubby sempat lagi enterprem.... kakakaka
CenderaMakan yang sempat di Opp Bersih oleh pihak penganjur.... kakaakakaka

So lepas aje acara tersebut we oll pi la rumah kenduri itew.
Jeng
jeng
jeng
Ini rumah tuan kenduri.
sabar
sabar
sabar
Haaaa.....
ini tuan kenduri seuami isteri bersama ibunya... dan sudah tentu berserta dengan orang yang pi makan kenduri.... kakakaka
Tak payah U oll dok pening-pening pikirin sapa yang dok masak lauk kenduri tu...
Nah kat bawah ni layan la pulak gambar cun
Tukang makan, Tukang masak dan Tukang buat kenduri...... kakakakaka.
Sekian ... laporan untuk aktiviti minggu ni...

Saturday 11 June 2011

Mari mengubah bunga

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Hari ini kita akan belajar cara-cara mengubah bunga yang begitu mudah sekali.
Mula-mula kita perlu ada bahan-bahan berikut.
Kalau tak dak sebanyak alatan diatas pun tak pa. Tapi yang penting mesti ada cutter atau pelaya dan juga pembalut dawai yang warna hijau atau apa-apa warna yang ada suka tidak lupa juga beberapa batang dawai yang telah siap dipotong.

Dan yang paling utama mestilah ada beberapa tangkai bunga dan juga daun seperti berikut.
4 tangkai bunga. Warna ikut suka anda.
Paling murah gi beli je yang 4 tangkai 10 hengett.
Dan juga 4 tangkai daun.

Mula-mula potong bunga, tingai 2 kuntum je kat tangkainya seperti kat bawah. Ala mudah je.. kalu tak paham gak nengok je gambo kat bawah.

(Macam gini ye adik manis, Kalau tak paham gak kita bako jee...... kakakaka)

Kemudian haruslah disambung seperti berikut. Kalau nak panjang lagi boleh tambah dawai dan kuntuman bunga haruslah bertambah lagi....

Seterusnya layan je gambar-gambar kat bawah dan anda yang memang minat dan mudah paham akan tahu langkah-langkah seterusnya.
Ada nampak ka penyambungan kedua-dua bunga itu adek manis???
Mudah je..
And than do like this....

Setelah selesai menambah bunga-bunga dikiri dan kanan dan tak da tempat lagi nak diletak, barulah diletakkan daun dibelakangnya.

Daun-daun tersebut hendaklah dibuat seperti berikut.

Kemudian letak kan bunga yang digubah indah tu atas daun dan ikat je dengan dawai halus supaya kemas dan kuat. Ia akan jadi sepeti gambar kat bawah ni.

Setelah siap anda bolehlah hiaskan kat mana-mana aje di rumah anda. Cukup mudah kan??.
Sambil-sambil tu layan la beberapa bunga yang digubah dengan cara yang sama.

Boleh sangkut kat sini.

Kan sini

(Sila abaikan benda-benda kat atas peti ehs itu...... kakakakaka)

Selain ia menjimatkan, ia juga mengasah bakat anda yang berkarat tu menjadi licin...
Like me... kakakaka..

So tuan-tuan dan puan-puan sekalian selamat mencuba..
Moga rumah anda akan bertambah ceria...

Sekian.

Pssss... pssssss... kalu tak tau juga nak gubah upah je cek.... tapi tak la pro sangat poong... kakakakaka

Wednesday 8 June 2011

Cuti-cuti, makan kenduri and berkumpul...... pasti syokkkk Part II

Sambungan cerita syok lagi....
We oll telah merehatkan diri serta bermalam sambil bersuka-ria kat Jengka 23. Sungguh best berjemaah kat sini.
Sebelum tu kita akan jumpa papan tanda yang sungguh cun apabila tiba dikawasan ini.
Sungguh cun. Sesuai warna kegemaran ku. Orennnnn....kakakaka
Apabila berkumpul beramai-ramai acara yang paling meriah ialah.... MAKAN.....
Makan malam kami telah dihidangkan dengan daging kancil.... sungguh sodap....
Lihatlah betapa meriahnya apabila acara makan-makan berlangsung.
Wawawawa sungguh meriah gitu.... (Mujur rumah my BIL besar.....) Kalu gini punya ramai, daging sepikul pun boleh habis.
Besoknya kami telah berkonvoi sekali lagi untuk kerumah kenduri di Jengka 20. Kali ini penyertaan acara konvoi telah bertambah menjadi 7 biji kenderaan.
Antara suasana majlis kenduri.
Pelamin yang cun.
Dan..
dan...
dan....
dan...
Muka cun tuan tanah, bergambar dalam bilik tudur perantin.....(Ohhh tuan tanah yang sungguh cun... kakakaka)
Setelah menikmati nasi knduri, we oll 3 biji keta telah meronda-ronda kat sini.
Kan buat apa pong kat sini. saja syok-syok...
Balik semula Jengka 23. Malamnya acara makan-makan tetap ada. malam ni kami telah dijamu dengan Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin. Sungguh sodap. Sebabnya ikan patin yang dibeli terus dari Sungai Pahang dan dimasak pula oleh orang yang memang Pro.. Sungguh merembes....
We oll telah bertolak balik dan terus ke Dengkil untuk kerumah anak sedara yang pindah kat situ.
Sebelum tu kita akan memasuki Terowong ni untuk ke Key Ell.
Kagum-kagum.. bukit yang ditebuk..
Kami telah bertolak balik ke Kedah dari Dengkil lebih kurang jam 3.00 petang.
Sungguh letih perjalanan balik walaupun hanya melepak dalam kereta.. kakakaka
Alhamdulillah sampai kat My Home lebih kurang jam 12 malam. Sebab ada sedikit jem dan hujan ada juga turun yang lebat...
Sungguh best cuti kali ini......
Sekian macihhhh.....

Tuesday 7 June 2011

Cuti-cuti, makan kenduri and berkumpul.... pasti syokkkk Part 1

Wawawa.. sungguh syok. tak tau mau mula cerita kat mana dulu....
Setat hari Jumaaton hingga Selasaton dah mula cuti untuk bercuti-cuti sakan. Mula-mula singgah kat my kampung (macam citer kat bawah tu..) Bertolak dari Juru ke Pahang untuk makan kenduri anak sedare. We oll berkonvoi 5 biji keta. Tapi yang terus ke Pahang hanya 3 biji. 2 lagi terus ke Key Ell. Kami berkonvoi 3 biji terus ke Batang Kali untuk naik ke Genting Highland.
Rasional kami pi ikut situ sebab ada sedikit dekat jika hendak terus ke Key Ell. Tapi kereta anda akan sedikit berasap-rasap bila terpaksa naik dan turun bukit yang sungguh advencer bagi kereta yang sumil macam kereta kami...
Ce tengok Encik suami tersenyum sambil merehatkan keretanya yang sumel setelah penat menaiki bukit. Waktu ini bau kereta ada sedikit hangit.
Sambil-sambil rehatkan kereta sempat laa pulak mensnap kereta kabel yang nak naik ke genting...

uihh. ada berani ka adik manis mau naik itu kereta kabel???
Setelah penat hilang, we oll akan menurun la pulak.... masa ni anda sekelian haruslah ready dengan gear rendah dan brek yang makan semakannya.....kakakakakaka
setelah sampai kat bawah tu kereta haruslah direhatkan lagi sebab masa ni tahap kehangitan kereta anda akan terlampau...
Maka berehatlah kami kat satu tempat, tapi leh lama-lama sebab ada rakan-rakan menganggu la pulak...
Nah kau... rakan-rakan mula datang berkenalan...... Oleh kerana dia terlalu lapar atau memang sifatnya tak boleh nampak apa-apa beg yang kita bawa, dia akan cuba menyerang. Mujur MIL i dia tak sempat terkam. Sebabnya MIL cuba membuka bungkusan untuk mencerut dan bersireh.... lalu untuk menenangkan keadaan Encik suami telah membaling bungusan kacang... Fuhh lega...
Sedang enak menikmati kacang yang berperisa kari....
Kami telah bergerak semula dan merehatkan diri sambil mencari makanan tengah hari... sudah lapar la setelah seharian hanya melonggo dalam kereta...... Perut harus diisi maka hati akan riang-ria.... we oll stop kat R&R Genting Sempah.. Manusia cukup ramai dan makanan pula kurang pilihan. Makan seadanya. Kita haruslah bersyukur sebab boleh juga makan.
Setelah selesai mengenyangkan perut. Kami meneruskan perjalanan terus untuk destinasinya.

Kami keluar melalui susur keluar ini untuk tempat dituju.

Setelah keluar susur ini ada akan jumpa papan tanda ini pula...
Okey sudah kering idea.. nanti akan bersambung pula cerita cuti-cuti yang sungguh syokkkk.
Mau pigi mamam.

Saturday 4 June 2011

Sungguh Syok Bila Balik Kampung

Minggu ni, i mula bercuti-cuti Malaysia.. Syiokkkkk...
Alaaaa.... sebelum meneruskan percutian ke Pahang, we oll singgah bermalam kat my kampung,,, JURU.
So bila dah balik kampung, walaupun sat aje... Tapi kira ok la daripada tak balik langsung..
Sebelum sampai kampung, kita akan jumpa papan tanda arah ni dulu...
(Sorry gambar tak berapa clear,, al-maklumlah juru gambar yang tak pro....)

 Dan perkara yang paling syok bila boleh makan, hasil laut yang segar-bugar gituuuu.
Hasilan laut yang dituai oleh my Abang and my Neptew....
Lihat udang dan ketam yang segar sedang menjadi mangsa rebusan....
(Kijam.. sungguh kijam.. kakakakaka)

Betapa bestnya bila dapat balik kampung dan berjumpa oramg-orang yang disayangi.
Walaupun hanya beberapa jam tapi syok... Betullah apa yang dicakapkan 'Walaupun sekejab tapi qualitinya ada'. Kalu selalu-selalu jumpa pong orang bukan suka sangat...ye tak??????
~
~
~
~


Walaupun kat Jerlun or Jitra boleh dapat udang yang segar dan besar macam kat atas, tapi bagi i tak sama nikmatnya bila makan udang yang besar di kampung sendiri dan hasil tangkapan insan-insan yang tersayang dan paling syok hat preeeee.... kakakakakaka

Sekian... cerita balik kampung yang ringkas sebab balik pun sat aje... huhuhuhuhu..
*
*
*

psss, psss, psssss.: Encik suami bila nak bawa cek balik kampung lagi.....??????

Wednesday 1 June 2011

Demo.. membuat CupCake

Mari kita membuat CupCake or Kek Cawan...
Sungguh merembes apabila melihatnya... Tanpa tepung, gula, telor dan tak payah bermixer....
Senang dan cepat.
Mula-mula sediakan bahan-bahan seperti berikut:

Cawan kertas Cupcake, - corak ikut suka janji menarik dan meleleh ayo lio... (kuantiti ikut suka anda)
Sapu tangan kecil yang jenis tuala (untuk lap ayo lio.... kakakakaka)
sekuntum bunga yang sumell (Mesti yang ada dawai kat bawanya..)
Cara-caranya....
Lihat je gambar-gambar kat bawah... (cakap banyak pun tak guna...)
Mula-mula lipat tiga segi sapu tangan dan gulung
Dan gulung menjadi begini pulak...
Kemudian letakkan bunga yang cumel itu dan lilit dengan batang dawainya supaya kemas dan tidak terongkai....
Masukkan kedalam bekas Cupcake yang comei  itu.... dah pun siap....
Taraaaaaa........ sungguh mudah dan mavelessss  gitu.. dan yang penting kos yang murah.
Ce tengok ce tengok ada cantek ka adik manis..??? sungguh comei.
Amat sesuai sebagai buah tangan orang mai kenduri hadiah untuk hari Guru dan sewaktu dengannya.
Selamat mencuba...