Mari menabung...

Tuesday 27 December 2011

Rangkuman cerita hujung minggu

Pertama
BALIK KAMPUNG - Juru, Bukit Mertajam
Baru beberapa hari yang lepas sempat la balik kampung...
Itupun ambil kesempatan hujung minggu..


Gambar kat jalan belakang tepi laut.. (Eish esih apasal gambar jadi cam ni... bery2 sad)

Kedua
LAWATAN SOSIAL KE BENDANG - Belakang BERNAS Jerlun
Sudah lama juga tak bertanya khabar dekat mybendang... moga semuanya sihat walafiat.
Harap pokok-pokok padi sihat hendaknya..

Ketiga
BERKELAH DENGAN PENDUDUK TAMAN
Sempena cuti hujung minggu dan cuti kerismas. Weoll pi berkelah berjemaah kat TT Hayon, Yan.
Umat manusia yang berkelah lebih banyak dari ayer.... sebab tu tuan rumah tak buat terjun tiruk kat situ.
(Memang gambar lappy ni penin ke atau kamera ku yang bermasaelah, sungguh tak paham la)
Sebelum gambar bertambah teruk lebih baik tuan rumah stop cerita kat sini aje..
sekian berita . Terima kasih.


Sunday 11 December 2011

Naik sikit ke banyak???

Ini sahih cerita tentang kenaikan gaji...
Yaaa.. betul. Encik-encik dan mak encik-mak encik sekelian..
Bagi kakitangan gomen tu tentu ada yang senyum lebar dan selebar-lebarnya dan bersyukur dengan kemurahan rezeki yang dikurniakan.
Tapi kalu yang jenis  tak berapa gemar nak bersyukur tu, kalu bagi banyak mana pun, tetap ngutuk jugak.
Golongan-golongan ini tetap akan kata hat Abe Najib bagi tu tak adil... Biasala kalu hat jenis pembangkang.
Baik korang jangan ambik. nanti jadi haram. Maklumlah uwang tersebut kita nak bagi keluarga kita makan, kesian kat keluarga kita.

Aik??? ada yang hangin ke...
Tak yah hagin lee kalu benda yang I cakap tu betui...
Kikikikikiki.........
Kalu korang rasa peratus kenaikan yang dibagi tu tak adil, lebih baik tak yah terima....
Kalu terima juga tapi asik duk ngutuk jeee... memang bukan rezeki korang le...
Uwang tersebut tak kan duduk lama pun dalam foket u oll.
Silap-silap kena keluarkan simpanan yang ada...
Dis is bery sad...
 Wang hantaran yang nak bagi kat perantin tu mesti halalantoyibaaa....

Moralnya kat sini kita mestilah bersyukur dengan rezeki yang diberikan... Aminnn..

Saturday 3 December 2011

Kesian....

Kesian pada anak bangsa sendiri yang tak tau nak bersyukur.....
(Mentang-mentang celik mata je kat dunia ni dah senang-lenang)
Kesian pada pejuang-pejuang yang terdahulu......
(Berjuang hingga ada yang terkorban untuk kesenangan kita)
Kesian pada anak bangsa sekarang ni, yang terlalu ego.....
(Rasa baguih sangat, padahal kehebatan yang dia orang ada tu hasil pengorbanan pejuangan terdahulu)
Kesian pada penuntut kemerdekaan negara.....
(Bermatian-matian korbankan harta, bahkan nyawa nak bagi negara merdeka)
Kesian pada anak bangsa sekarang ni yang sudah lupa daratan.......
(Mudah lupa, kerana perjuangan tok-nenek lepa laa yang dia orang boleh senang)
Kesian pada pemerintah yang menjaga kesejahteraan negara.........
(Berusaha menjaga negara baik dari segala segi, tapi tetap dikianati)
Kesian pada anak bangsa sekarang ni yang suka merosakan negara...
(Dah negara dok ada dalam keadaan elok, saja gatai nak menjahanam, agak-agaknya nak rasa negara dijajah balik kut)

Sungguh kesian.....

Monday 7 November 2011

Acara Menyempitkan Poket.....

Cita-cita telah tercapai walaupun poket telah menjadi sempit....

so layan je la pic yang syok ini. akakakakakaka



see..... belaiu inilah telah menyempitkan foket...
wawawawa....

Wednesday 26 October 2011

Cerita pi lawatan dengan kekanak riang

Salam semua.....
Sory tuanrumah tak dan nak updet blog.
hari nak cerita sikit-sikit je.
Pada satu hari tu..(hari apa eekkk?) Tuan rumah dengan riangnya mai kerja awal.. sebabnya leh ikut kekanak riang prasekolah pi buat lawatan.
walaupun dekat tapi syok sebab boleh tingalkan opis... kakakakakaka
Tempat yang kami pi cuma Kolej Tentera Udara kat Kepala Batas dan Bomba kat Jitra.
tapi oleh kerana KTU tu susah nak masuk kalu tak da kerja... jadi bila ada peluang macam gini., apa lagi????
Yeeehauuuu...
Sebenarnya orang yang menumpang tu lebih gembira dari kekanak riang.. kikikikiki..
So layan gambar-gambar yang sempat disnap..
 Kekanak riang teruja nak naik bas..

Cuba ikut macam kekanak riang ni..... ikut BARISAN... kalu yang tua-tua bangka sahih berebut2 dah.

 Sebelum nak masuk KTU kita mesti ambil benda ni dan serahkan kad pengenalan.
Kat bawah.. salah seorang kekanak riang yang lebih teruja nak pi rombongan..




 Apabila nak pi rombongan, haruslah beli kasut baru... kakakakaka

Cikru Mat Said begitu syok nak jadi pilot. Tak ketingalan juga penumpang kat belakang tu..
 Benda-benda yang ada dalam kapai terebang.....

yang ni lak dok dengar penerangan dari pegawai bomba.. Sungguh syok sebab dapat ayaq kotak sorang satu..

Sekian laporan yang penuh keterujaan....
Gagagagagagaga....

Wednesday 12 October 2011

Minggu Rajin masak-masak

Semenjak dah joint kelab GTPM kat fesbok tu, tuan rumah dah rajin masak-masak kat rumah.
Macam-macam jenis kueh dah mula buat. Tambahan lak Encik Hubby beli gajet baru kat rumah.
Nanti di episot lain kita cerita tentang gajet tersebut.
Sekarang ni layan pica-pica kueh-mueh yang telah dicoba..

Lompang versi baru belajar, Tuan rumah guna loyang je, tak guna acuan yang kecil-kecil tu,
Buah melaka. Makan waktu hujan lak, perggghhh. Sodap.. wa cakap lu.

Yang of cos la Apam Beras. Tapi di warnakan agar nampak terlio gitu..Selalu tuan rumah buat yang warna puteh atau koko je.. Tapi kali ni Tuan Rumah letak warna sirap... dan jadilah pink.

Tu dia... orang utara panggil sepelengat.. Tuan rumah bawa ke tempat kerja dan disapu bersih.....
TQ TQ kawan-kawan sebab sudi makan, makanan yang Tuan Rumah bawa.
Okeh. Tuan Rumah nak pi belajar buat Kek Caremel yang belang-belang.
Sungguh jeles bila tenggok ramai yang dok tayang kat fesbok... Tak leh jadi ni kena belajar buat juga..
K..... sekian laporan terkini. ngeh ngeh...

Thursday 6 October 2011

Aktiviti seminggu....

Sungguh sibok sampai tak dan nak updet blog..
Dulu masa tak da blog, teringin nak buat, bila ada, dah tak sempat nak updet..
Apa-apa pun layan je aktiviti seminggu yang lalu...

Aktiviti masak-masak


 Apam Belang-belang.... sekali lagi...
Lompang (versi baru belajar) dengan kopi o kaw..

Lawatan sosial....
Anakanda Ustajag Shuhada.... sungguh tomeiiii...
OK sudah mau cincau..... papai.

Thursday 29 September 2011

Buat Apam Belang-belang la pulak

Hai semua....
Nak cerita pasai buat apam.
haishhh asyik cerita masak2 je... maklumlah hangin rajin memasak dan mencuba resepi sudah mai..

Ada satu hari tu dok belek2 blog masak2.. maka terpandangla satu resepi tu.... dan gambar yang diumpan pun sungguh mengiurkan.

jadi tanpa berlengah-lengah, tuan rumah dengan gumbiranya telah mencuba..

So layan le gambar yang sempat disnap..
Aik ???/!! pasai pa gambar jadi lagu ni???

Walaubagaimanapun, nampak tak dia punya belang2....
Kira okey la tu...

dan layan pulak dia punya hirisan..
Waaalaaaa....... ada lobang-lobang lagi... dan warna yang sungguh somellll
Rasanya???  ........ Sungguh sodap.....

kalu nak tau sodap ke idak.... mai la rumah.. boleh kita sama2 mencuba.. sungguh sonang baitu...

Sekian..

Saturday 24 September 2011

Mmmmm...........cerita hari ni....

Hari coti2 malaysia, hanya dok kat rumah jeee....
Sebabnya semalam dah p memboros gaji yang baru masuk serta mememnuhi undangan Jamuan Hari Raya.
Siang nya p jamuan Raya Pemuda, Puteri & Wanita kat Dewan Padang Sera. Oleh kerana sambutan yang cukup memuaskan ataupun bajet yang ciput ataupun saja buat-buat ciput . Maka tak sempat la nengok makananya.
 Alo2 len kali wat la manyak2 baru la lebih meriah ataupun saja nak buat ciput2 agar nampak sambutan yang cukup meriahla gamaknya). Muahahahahaha.....
Sebabnya pi jam 3.30 petang makanan cuci dan licin pada hal mula majlis 2.30 petang.....
(sungguh kompius...) jadi balik la we oll... naseb bek dah makan kat rumah dengan enak nya...

Malamnya pi lagi acara Jamuan Raya.... makanan sungguh mavelesss, meletup dan layanan pun tip-top... Suka bangattttt.. Tahniah, tahniah...

So tengah hari ni kita mamam buah-buah je...

Mmmmm... yummyy.....
Makan buah-buah di cicah dengan kuah rojak sungguh sodap....
Tak payah masak tengah hari ni.... ngeh ngeh ngeh.... sebabnya..
Sebabnya pagi tadi dah membedal nasi lemak dengan sambal tumis udang serat telur rebus....
So for lunch tak yah makan yang berat-berat... sebab badan dah terlebih muatan.....(Harus kuwus...)

Petang ni lak.. dia punya menu...
Apam.. yang dah beberapa kali dibuat.... sungguh menjadi dan sungguh lembut gitu..
So layan je gambar Apam tersebut.....
Setelah diadum......hanya menunggu ia 'naik' (soryy gambar kureng memuaskan)

Tu dia hasilnya......... sila pisan sila pisann... akakakakaka
Okey kalu melelh ayo lio nengok gambar, apa kata anda cuba membuatnya..
Dia punya Resepi
Apom Sendiri Bikin.
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan gula putih
1 sudu yis serbuk
Nyior yang dikukur.....
Mesin pengisar
Periuk mengukus
Dapur yang ada gas.. baru leh masak

Cara yang selalu dibuat dan insyallah menjadi..
Masukkan nasi, air, yis dan gula ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga sebati dan nasi hancur.
Masuk kan dalam bekas lain, campurkan dengan tepung beras dan tepung gandum. Kacau sampai tangan agak-agak nak lenguh.
Biarkan 3 hingga 5 jam barulah dikukus lebih kurang 30 minit. (kalu boleh jangan ditutup hanya tudung dengan tujung saji sebab nak bagi udara sentiasa berlegar-legar..........
Masa mengukus janganla kerap sangat dok buka dan tengok. nanti air wap dok jatuh atas dia, tak jadi la pulak... Kalu nak tengok juga buka setiap 15 minit....

Jadi selamat mencuba ye tuan2 dan puan sekalian...
Tuan rumah nak pi mamam Apam.. tapi sayang nyior pula tak dak... mana mau pi cari haaaa????

Tuesday 20 September 2011

Pertama kali buat Bingka a.k.a Bingkang Ubi Kayu

Beberapa hari lepas My Hubby bawa balik ubi kayu yang ditanam kat tempat kerjanya.
Wah sungguh besar...
Mula la otak ni ligat je berpinar2 dok pikiaq nak wat apa..
yang satu batang tu we oll rebus untuk 'menyorok' pagi... Ohhh sungguh gebusss dan sodap.
So semalam i ajak MyHubby gi pasar malam cari nyiok mesin. Sungguh bernasib baik terjumpa seorang pak cik tu sedang mesin nyiok. maka I rembat 3 henget.
Sampai je kat umah apa lagi terus je mengopek kulit ubi dan menyagat dengan sepenuh hati dan penuh ketekunan....
dalam hati berdetik macam mana la orang dok wat berniaga.... nak menyagat sebatang ubi ni pong peluh tiak...... syukur kita hidup dalam senang seadanya.

Jadi kat sini nak tayang la bingka ubi kayu yang telah dibuat itu.
Walaupun rupanya begitu tapi rasanya agak sedapla juga...... kakakakakaka
Almaklumlah baru pertama kali buat..
jadi bawahni resepinya.
Ubi kayu sebatang, disagat dan diperah airnya.... ambik isi saja tau.
Gula secawan. agak2 la kalu tak mau manis sila kurangkan
Nyiok 3 henget atau 1 biji. Ambik santan dan segenggam isi dikisar halus
Sedikit garam.
Campurkan semuanyanya dan bakar dalam oven. Kalu nak lagi sodap lebih baik bakar kat dapur arang. (Lagi tebal kehangitannya lagi sedap weeehhh)
So selamat mencuba...

Monday 19 September 2011

Tempahan la pulakkk

Walaupun sibuk-sibuk dan menyibukkan diri sempat la juga menyiapkan tempahan dari kengkawan.
Jadi layan jela gambarnya.



 So sapa-sapa yang berasa nak tempah jangan segan-silu..

Riang-ria berCuti

Sempena cuti-cuti Satu Malaysia ni, apalagi we oll ambil kesempatan tawaf gi makan kenduri.
Sekarang ni kalu nak nikah je tak tunggu dah cuti sekolah yang panjang, asal ada cuti je, buat kenudri nikah.... (eh eh tak sabar nyeeee)..
Sabtu 17/9/2011, stat jam 12.30 tengah hari we oll mula acara menyerbu rumah pertama.
Jamuan hari raya rumah Dato' Johari Baharom (Menteri apatah.... kekekekekeke.. saja tak mau habaq sebenarnya memang taupun tapi yang ni blog cek punya okeh, tak nak la cerita pasal VIP ni.....)
Makanan so pa so so la. sebab pi awai.... kalu pi lewat... sekian terima kasih jela ... maklumlah jamuan hari raya , segenap lapisan akan serbu...baik dari dalam negara mahupun luar negara.
tak caya?
tengok je kat bawah ni...
tengok,I sempat snap gambar Dato' Jo tecit je...
Nah kau wakil-wakil dari luar negara, Doremon, Naruto, Sponbob, mickey mouse dan ramai lagi... kakakakakaka
Lepas tu pi la pulak kenduri orang kawin.... punya la ramai orang.. nasi pun hampir kehabisan....
Tapi sempat la juga snap gambar pengantin dok posing...
Alaaaa tak nampak la muka pengantin...
Lepas tu pi la pulak kat 2 buah kenduri lagi.... sory gambar tak dan nak ambik sebab kekenyang.... dan muatan pun rasa-rasanya dah terlebih...

Wednesday 14 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat menyambut hari Malaysia

Nak tayang gambar yang dilukis masa dok borink...

Apa bila pensyarah sedang membentangkan kertas kerja.... tangan ni laju jeee menconteng-conteng. sebabnya..????? Sungguh tak menahan telinga ini mendengarnya... (Sungguh kureng asem kamu ye)

Kebetulan warna yang ditinggalkan oleh Cikgu Hamidah adala dua tiga ketul.. apalagi
.....??????
Nak tunjuk la juga skilll melukis tu masih bersisa... (kakakakakakakakaka)

 Tengok aje la.... ada bakat tak???? (bebudak Tahun 6 pun mesti tak leh lawan ni..... muahahahaha)

Tima kasih kat adik Pah sebab menambah terangkan warna kat bunga dan daun tu...
Amacam?????

Macam Model la pulakkk

Fuh!!! cameramen sedang ambil posisi yang cun.....


Muahahahahaha......

Tuesday 13 September 2011

Bunga....

Sapa tau peribahasa untuk bunga ni.......

Bunga Taik Ayam..

Aktiviti sana-sini....

Jumaat 9/9/2011
Ikut Hubby pi bendang.. bakar jerami..
Tapi I duduk atas batas dan relax je atas moto.. kakakaka
Ce tengok bendang setelah dipotong-potong pokok padinya.....



Ciannn.. beliau sorang2 berkawan dengan burung bangau....


Sabtu 10/9/2011 - malam lepak kat umah main FB
Begitu khusyuk.....

Ahad 11/9/2011 pi SMK Tg. Pauh
Perjumpaan PPD dgn KPT & PT serta Jamuan Raya KEPTAN..
Suasana luar dewan.. hujannnnnnnnnnnnn
Tak lupa gambar syok sendiri....
Sory gambar makan2 tak dapat nak di tayang sebab terlalu syok dok makan... almaklumlah laparrr dan hujannnnn.
Sekian....

Friday 9 September 2011

Persaraan Mr.Lee...... Projek mekap kereta ala-ala pengantin baru

Pada 8/8/2011... tarikh akhir perkhidmatan Mr. Lee Kuan Hong dalam dunia pendidikan...
Ohh very2 sedey...
Me telah ditugaskan menghias keta beliau ala-ala pengantin org cin nak kawin..
So apa lagi, mula la otak ni ligat berfikir apa yg patut dibuat. Sebenarnya sehari sebelum acara Me telah ambik coti-coti malaysia.. jadi x tau la planing dia org nak wat apa untuk acara persaraan tersebut.
Kak Midah telah tipon (Itupun dah petang amat) untuk beri projek tu kat.... mujur sempat p kekedai membeli apa yg patut...
Jadi tenggok je le gambar2 yang sempat disnap untuk projek tersebut.(Sebenarnya banyak gambar yang gedis-gedis)
Step pertama... wat "bunga bulat"

Step kedua tarik-tarik kain......  Pn. Goh Syahidah dengan penuh riang-ria membantu Me menyiapkan projek tersebut.

dan ini pula pembantu-pembantu seterusnya......

Taraaaa....... setelah projek selesai.... tentula ada gambar gedis2... Me bersama Pn. Syahidah....
Pn. Guru Besau juga turut teruja memposing bersama2.....

Closeup sikit bunga yang telah dibuat... (rasa2nya sungguh cun.... kikkikikiki)

kereta yg sudah siap dimekap.....
Inilah dia Penganti Baru yang lama bergembira disamping kereta yang dimekap... (Sungguh Cun u punya wife Mr. Lee)
Apa-apapun moga Mr. Lee bergembira menghadapi kehidupan seharian setelah bersara...
Untuk Mr.Lee.......... Selamat Bersara.....