Mari menabung...

Tuesday, 20 September 2011

Pertama kali buat Bingka a.k.a Bingkang Ubi Kayu

Beberapa hari lepas My Hubby bawa balik ubi kayu yang ditanam kat tempat kerjanya.
Wah sungguh besar...
Mula la otak ni ligat je berpinar2 dok pikiaq nak wat apa..
yang satu batang tu we oll rebus untuk 'menyorok' pagi... Ohhh sungguh gebusss dan sodap.
So semalam i ajak MyHubby gi pasar malam cari nyiok mesin. Sungguh bernasib baik terjumpa seorang pak cik tu sedang mesin nyiok. maka I rembat 3 henget.
Sampai je kat umah apa lagi terus je mengopek kulit ubi dan menyagat dengan sepenuh hati dan penuh ketekunan....
dalam hati berdetik macam mana la orang dok wat berniaga.... nak menyagat sebatang ubi ni pong peluh tiak...... syukur kita hidup dalam senang seadanya.

Jadi kat sini nak tayang la bingka ubi kayu yang telah dibuat itu.
Walaupun rupanya begitu tapi rasanya agak sedapla juga...... kakakakakaka
Almaklumlah baru pertama kali buat..
jadi bawahni resepinya.
Ubi kayu sebatang, disagat dan diperah airnya.... ambik isi saja tau.
Gula secawan. agak2 la kalu tak mau manis sila kurangkan
Nyiok 3 henget atau 1 biji. Ambik santan dan segenggam isi dikisar halus
Sedikit garam.
Campurkan semuanyanya dan bakar dalam oven. Kalu nak lagi sodap lebih baik bakar kat dapur arang. (Lagi tebal kehangitannya lagi sedap weeehhh)
So selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment