Wawawa.. sungguh syok. tak tau mau mula cerita kat mana dulu....
Setat hari Jumaaton hingga Selasaton dah mula cuti untuk bercuti-cuti sakan. Mula-mula singgah kat my kampung (macam citer kat bawah tu..) Bertolak dari Juru ke Pahang untuk makan kenduri anak sedare. We oll berkonvoi 5 biji keta. Tapi yang terus ke Pahang hanya 3 biji. 2 lagi terus ke Key Ell. Kami berkonvoi 3 biji terus ke Batang Kali untuk naik ke Genting Highland.
Rasional kami pi ikut situ sebab ada sedikit dekat jika hendak terus ke Key Ell. Tapi kereta anda akan sedikit berasap-rasap bila terpaksa naik dan turun bukit yang sungguh advencer bagi kereta yang sumil macam kereta kami...
Ce tengok Encik suami tersenyum sambil merehatkan keretanya yang sumel setelah penat menaiki bukit. Waktu ini bau kereta ada sedikit hangit.
Sambil-sambil rehatkan kereta sempat laa pulak mensnap kereta kabel yang nak naik ke genting...
uihh. ada berani ka adik manis mau naik itu kereta kabel???
Setelah penat hilang, we oll akan menurun la pulak.... masa ni anda sekelian haruslah ready dengan gear rendah dan brek yang makan semakannya.....kakakakakaka
setelah sampai kat bawah tu kereta haruslah direhatkan lagi sebab masa ni tahap kehangitan kereta anda akan terlampau...
Maka berehatlah kami kat satu tempat, tapi leh lama-lama sebab ada rakan-rakan menganggu la pulak...
Nah kau... rakan-rakan mula datang berkenalan...... Oleh kerana dia terlalu lapar atau memang sifatnya tak boleh nampak apa-apa beg yang kita bawa, dia akan cuba menyerang. Mujur MIL i dia tak sempat terkam. Sebabnya MIL cuba membuka bungkusan untuk mencerut dan bersireh.... lalu untuk menenangkan keadaan Encik suami telah membaling bungusan kacang... Fuhh lega...
Sedang enak menikmati kacang yang berperisa kari....
Kami telah bergerak semula dan merehatkan diri sambil mencari makanan tengah hari... sudah lapar la setelah seharian hanya melonggo dalam kereta...... Perut harus diisi maka hati akan riang-ria.... we oll stop kat R&R Genting Sempah.. Manusia cukup ramai dan makanan pula kurang pilihan. Makan seadanya. Kita haruslah bersyukur sebab boleh juga makan.
Setelah selesai mengenyangkan perut. Kami meneruskan perjalanan terus untuk destinasinya.
Kami keluar melalui susur keluar ini untuk tempat dituju.
Setelah keluar susur ini ada akan jumpa papan tanda ini pula...
Okey sudah kering idea.. nanti akan bersambung pula cerita cuti-cuti yang sungguh syokkkk.
Mau pigi mamam.
No comments:
Post a Comment