Mari menabung...

Saturday, 11 June 2011

Mari mengubah bunga

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Hari ini kita akan belajar cara-cara mengubah bunga yang begitu mudah sekali.
Mula-mula kita perlu ada bahan-bahan berikut.
Kalau tak dak sebanyak alatan diatas pun tak pa. Tapi yang penting mesti ada cutter atau pelaya dan juga pembalut dawai yang warna hijau atau apa-apa warna yang ada suka tidak lupa juga beberapa batang dawai yang telah siap dipotong.

Dan yang paling utama mestilah ada beberapa tangkai bunga dan juga daun seperti berikut.
4 tangkai bunga. Warna ikut suka anda.
Paling murah gi beli je yang 4 tangkai 10 hengett.
Dan juga 4 tangkai daun.

Mula-mula potong bunga, tingai 2 kuntum je kat tangkainya seperti kat bawah. Ala mudah je.. kalu tak paham gak nengok je gambo kat bawah.

(Macam gini ye adik manis, Kalau tak paham gak kita bako jee...... kakakaka)

Kemudian haruslah disambung seperti berikut. Kalau nak panjang lagi boleh tambah dawai dan kuntuman bunga haruslah bertambah lagi....

Seterusnya layan je gambar-gambar kat bawah dan anda yang memang minat dan mudah paham akan tahu langkah-langkah seterusnya.
Ada nampak ka penyambungan kedua-dua bunga itu adek manis???
Mudah je..
And than do like this....

Setelah selesai menambah bunga-bunga dikiri dan kanan dan tak da tempat lagi nak diletak, barulah diletakkan daun dibelakangnya.

Daun-daun tersebut hendaklah dibuat seperti berikut.

Kemudian letak kan bunga yang digubah indah tu atas daun dan ikat je dengan dawai halus supaya kemas dan kuat. Ia akan jadi sepeti gambar kat bawah ni.

Setelah siap anda bolehlah hiaskan kat mana-mana aje di rumah anda. Cukup mudah kan??.
Sambil-sambil tu layan la beberapa bunga yang digubah dengan cara yang sama.

Boleh sangkut kat sini.

Kan sini

(Sila abaikan benda-benda kat atas peti ehs itu...... kakakakaka)

Selain ia menjimatkan, ia juga mengasah bakat anda yang berkarat tu menjadi licin...
Like me... kakakaka..

So tuan-tuan dan puan-puan sekalian selamat mencuba..
Moga rumah anda akan bertambah ceria...

Sekian.

Pssss... pssssss... kalu tak tau juga nak gubah upah je cek.... tapi tak la pro sangat poong... kakakakaka

No comments:

Post a Comment